Pelbagai andaian dan pendapat manusia mengenai cinta… cinta itu indah, cinta itu pengorbanan, cinta itu menyakitkan, cinta itu adalah apabila kita sependapat dengan orang yang di cintai. Cinta itu lahir dari dua perasaan…cinta itu tiada indah… beginilah kata orang mengenai cinta… tapi, bagi aku yang tidak pernah merasakan cinta??
Pelbagai cara seseorang itu akan bertemu dan jatuh cinta bersama dengan pasangannya… jatuh cinta pandang pertama, pertemuan secara tidak sengaja di majlis perkahwinan, dari persahabatan bertukar kepada cinta, dari benci menjadi cinta… dan bermacam-macam lagi.. kadang kala kita tidak akan pernah sedar bila cinta itu akan hadir… tapi, bagaimanapula dengan aku yang tidak pernah mengalami pengalaman sebegini?
Ada juga di antara mereka yang kecewa dengan cinta sehingga tekad untuk mengeraskan semula hatinya… kuat menolak perasaan cinta yang hadir walaupun yang sebenarnya hatinya juga masih ingin mencintai seseorang… ada juga yang tidak pernah jemu mencari cinta… aku bagaimana?
Cinta!!! Bagi aku, cinta ini adalah perkara yang merugikan di dalam dunia. Sepanjang masa bercinta, telah banyak masa yang kita buang demi orang yang di cintai… kemudian, cinta berakhir di pertengahan jalan…apa yang kita dapat??? Aku benci mendengar rintihan manusia-manusia yang kecewa dengan cinta… aku benci pada mereka yang kerap kali bertukar pasangan dalam percintaan..aku benci dengan manusia-manusia hipokrit ini…aku benci mendengar ungkapan cinta seorang lelaki…aku benci semua itu…benar! Mereka akan berkata aku boleh membenci cinta kerana tidak pernah merasakan keindahan perasaan itu… benarkah cinta itu indah??
Di dalam keramaian, aku masih lagi terasa kosong… mengapa??? Puas aku bertanya kepada hati mengapa begitu keras. Adakah kerana luka semalam? Adakah aku di antara manusia yang telah serik untuk bercinta dan kecewa? Tidak..aku adalah seorang insan yang telah lelah mencintai hanya dari jauh dan akhirnya kecewa apabila aku mulai sedar aku tidak akan pernah mendapatkan cinta itu.Atau mungkinkan hati ini hanya untuk dia lagi?dia yg tidak pernah mahu menerima hati ini…
Semakin hari, aku semakin dewasa… gementar perasaan ini apabila keluarga sudah mula bertanya tentang teman hidup… di manakah dia? Apa akan aku katakan pada keluarga? Keluarga tidak sabar menunggu puteri sulung ini mendapatkan cinta seseorang. tapi di mana ingin ku cari..aku juga seperti manusia lain yang sudah serik untuk mencari lagi…
Ada apa dengan cinta seorang lelaki?
Tiba-tiba aku merasa aku sudah mulai jatuh cinta… jatuh cinta pandang pertama..dengan seseorang… dialah lelaki yang selama ini aku impikan… yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku… pandangan matanya menusuk hingga ke hati. Aku berdebar setiap kali memandang wajahnya…lidah kelu untuk bersuara… hanya mata yang berbahasa… dia… seseorang yang hidup untuk cinta ku… dia… menerima setiap kelemahan dan kelebihan diri aku… dia yang tidak mementingkan paras rupa.. masih sanggup menerima aku walaupun satu masa nanti kecantikan yang di berikan ALLAH tidak kekal… hatinya sangat suci dan bersih untuk menerima cintaku… sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatannya… sangat sempurna di dalam hidup ku..menjadikan aku seorang yang sempurna di dalam dunia ini…masa itu, barulah aku sedar bahawa cinta ini ada indahnya… cinta adalah kerana cinta bukan kerana nafsu! Inilah cinta impian ku…
Siti-nor







